AKTIVITI AKU

Monday, February 20, 2012

epok-epok...karipap...cubaan kedua

cobaan yang ke 2..yang pertama jadik jugak cuma tak sempat nk tangkap gambar dah kena ngappp...

kali ni cobaan yang ke 2..aku buat karipap..sbb favorite aku karipap, dina bean karipap, zamir karipap en zam pun karipap hahahhaa satu family laa suka mkn karipap..soo aku buat laa..kali ni buat lg banyak sebab konon nya nak wat frozen sekali..dapat sms ada birthday party anak jiran malam tu..soo aku pun amik keputusan bg laa karipap aku tu kat diaorg...



disebabkan aku ni hantu karipap dan aku nak makan apa yang aku rasa sepatutnya karipap tu rasa soo kena laa buat sendiri..sbb mak aku kekadang terpaksa mengikut kehendak org kejap wat tak pedas..karipap pada aku kalau tak pedas tu tak kick laa hahaha (memandai ajer komen mak aku nye masakan)..

ok ni resepi aku olah sendiri

Karipap (bahan-bahan dia aku tak reti nak budget berapa..so agak2 ajer laa ya)

kentang (di potong dadu)
carrot (dipotong dadu)
daging (dicincang kecik)

bahan diblender
bawang merah
bawang putih
cili kering
udang kering skit
halia skit (tak taruk pun takpe, sbb aku ni semua masakkan aku masuk halia)

bahan tumis
serbuk kari
garam
gula
asam jawa skit
air
minyak masak
daun ketumbar (kalau nak laa, sedap tau daun ni)

cara-cara masak inti karipap
1. minyak masak yang sudah panas, kemudian tumiskan bahan2 yang sudah diblender + serbuk kari. sampai kuar minyak or tanak.
2. masukkan daging + air utk merebus daging. daging agak nak empuk masukkan carrot + kentang.
3. kemudian masukkan daun ketumbar+ garam+ gula + asam jawa secukup rasa. dan biarkan sampai kering.
4. tutup api dan sejukkan

bahan utk kulit karipap
mentega
minyak masak
garam
air sejuk
tepung gandum

cara-cara menbuat kulit karipap
1. tepung gandum letakkan didalam mangkuk
2. cairkan mentega dgn minyak. bila dah cair terus tuangkan kedalam tepung gandung tadi
3. gaulkan mengunakan sudu sbb panas kang melecur tangan.
4. air sejuk + garam ..tuangkan kedalam adunan tepung tadi..air agak2 sampai adunan tadi menjadik doh...
5. siap. kemudian cubit sedikit lenyek2 kan dia masukkan inti dan kelim..kemudian goreng laa


No comments: