AKTIVITI AKU

Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Bubur Jagung Manis

BUBUR JAGUNG MANIS..

bubur ni saja jer buat putih nk nampak cantik selalu kaler merah kita guna gula merah/perang.. dah bosan la pulak so tu yg guna gula pasir jer..

Resepinya
Jagung (dikikis dari batangnye)
Santan 1 paket
gula pasir
garam halus
2 helai daun pandan

cara-caranya
1. rebus jagung dulu sampai empuk bersama daun pandan.
2. masukkan santan, gula pasir, garam sedikit untuk lemak manis
3. sentiasa godak supaya santan tu tak pecah.

Saturday, January 9, 2010

Bubur Durian


yeahhhhh bubur durian....

mummy please give the resepi..hahahha mummy kata paling senang..semua senang jer pada dia..tapi nak buat nye tunggu mood dia rajin...huhhhh

bahan-bahan
mesti la durian punya isi okay...
gula pasir
gula merah
daun pandan
santan
sikit garam

cara my mummy senang jer dia humban semua dalam satu periuk cuma garam tu last sekali bila semua dah agak2 manis sangat kan soo letak garam ni nak bagi dia jadik lemak skit.. rebus laaa sampai agak2 dia dah pekat boleh hidang dan makan...ooo kalau masak terlampau pekat bole jadik jam durian hahahahha

Thursday, December 24, 2009

BUBUR ASYURA aka BUBUR LAMBUK (Stail Johor)

Ya bubur lambuk or bubur asyura bagi orang2 johor...ni la 1st time mummy masak..bole tahan sedap sama cam mama masak...kalau org johor diaorg makan bubur asyura ni dengan sambal kicap...

Bahan-bahannye
Beras wangi (1/2 cawan la gitu skit jer)

Bahan A
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
2 batang serai

Bahan B
kayu manis
bunga lawang

Bahan C
rempah kurma skit
rempah kari skit
santan 1 biji (i guna paket so 1 paket laa)

Bahan D
Daging
ayam

cara-caranya
Rebus beras sampai jadik bubur bersama daging dengan daging ayam
belender semua bahan A
kemudian tuang semua bahan A dalam bubur tadik
sambil tu bancuh rempah kurma bersama rempah kari sedikit + tumis bersama bahan B sampai naik wangi.
kemudian tuang semua ke dalam bubur tadi biarkan lama sedikit.. last sekali masukkan santan +garam...

untuk hiasan
goreng kan ikan bilis
goreng kacang tanah
bawang goreng
daun sup
sambal kicap