AKTIVITI AKU

Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Ayam kicap madu

Bahan2
--------
Ayam
Serbuk kunyit
Garam
*digoreng jangan sampai garing
Kentang - dipotong dan digoreng bagi empuk, kemudian toskan

Bahan kuah
----------
(A)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
*dikisar
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga

(B)
Potong bawang besar
Potong cili besar merah
Kicap manis
Kicap masin
Sos cili
Sos tomato
Sedikit air masak
Madu
Ajinomoto
Sikit garam
Sikit gula

Cara2
------
1.tumiskan bahan (A) sehingga naik bau.
2.masukkan bahan (B)sehingga mengelegak.
3.masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng tadi. Gaul serata.
4.agak pekat boleh laa tutup api dan hidang..kalau ada daun sup..daun sup..daun ketumbar tabur laa diatas ya

Friday, February 15, 2013

aroma hijrah



Nasib arab aroma hijrah..aku cam biasa kambing laaa..yg ayam tu en zam yg punya
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, August 14, 2012

burger panggang laa konon

time sahur aritu..tak tau benda apa dah nak makan..nak makan nasik perut dah tak leh masuk..so aku teringat aku ada buat beef patty..soo apa lagi aku kuarkan balik beef patty tu konon burger buatan sendiri laa..pastu aku panggang atas kuali leper..siap..perghh rasa nya memang sedap daging dia ..dappp dappp





Published with Blogger-droid v2.0.6

beef patty resepi..
daging cincang ramli
bawang besar india
black paper
lea & perrins sos
1 biji telur - dipukul 
lamb cincang - ni kalau org nak letak.

gaul semua bahan dan kemudian kepal2 kan dia jadi mcm burger..
bakar atas kuali leper ajer malas nak bukak grilled.
jadi sedap dengan sos cili+mayo+ paper+ cheese

perghhh meleleh air liur aku bercerita ni

Tuesday, June 5, 2012

sambal petai udang

SAMBAL UDANG PETAI MALAS..


apasal tajuk dia ada malas haaaaaaa kalau korang nk tau ni sambal aku malas..almaklum laa balik rumah dah dekat 7 lebih nak memasak lagi so apa yang ada aku baling ajer dlm kuali...

kebetulan aritu aku dah blend cili kering soo senang laa skit..cuma tinggal bawang2 ajer aku potong slice2 pastu campak dalam semua sekali takde belacang sbb malas nak tumbuk..soo inilaa hasil nya...

bahan-bahan
udang
petai
cili kering - diblend
bawang merah - aku pakai bawang besar ajer malas nak kopek bawang kecik yg leceh
bawang putih
air asam jawa
garam
gula
ajinomoto

cara-cara nye pulak
tumis laa bawang2 dan cili kering tu dalam kuali sampai ler naik minyak cili tu org kata
agak dah masak cili tu..terus laa campak udang petai garam gula ajinomoto dan air asam jawa..

hasil nye sila laaa makan ajer ehhh jangan byk ceta

Friday, May 25, 2012

makanan awet mudo..

AYAM PANGGANG MASAK LEMAK CILI API CEKUR


amikkau nama punya laa panjang..hahaha ni antara lauk yang aku suka sangat..lauk aweks muda aku hahahha cekur bahan ni ada didepan rumah aku dalam pasu aku tanam pokok cekur ni..

resepinya..

ayam - kunyit dan garam
dipanggang dalam kuali dgn minyak yang sedikit sampai ayam tu empuk...
(ayam ni kalau nak tukar ker ikan pun bole..ikan kembung ker )

bahan2 tuk kuah dia pulak

2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 ulas ubi cekur*
4 biji cili api*
(*bahan2 perlu ditumbuk)
air
santan
daun cekur - dihiris halus
garam + gula + ajinomoto

cara-caranya pulak
1. rebus air bersama baham2 yang telah ditumbuk sampai mendidih
2. kemudian masukkan santan
3. masukkan perasa garam + gula dan ajinomoto (org jawa masakkan mesti ada gula) dan jugak daun cekur tadi
4. last sekali masukkan ayam yang dah dipanggang..kemudian tutup api
siap dihidangkan dengan nasi panas..perghh mervelous


Tuesday, May 22, 2012

Gulai Daging..

malam tadi aku teringat yanng ada ku ada beli 1kg daging batang pinang..so aku pun pikir laa apa nak buat dgn daging tu..daging batang pinang ni adalah sangat bagus bagi orang2 yang macam aku ni nak masak lepas balik kerja dah dekat kul 8mlm gitu..sbb daging ni tak payah rebus lama2..cuma harga dia biasa laa 1kg = RM26..aku sanggup asalkan memendekkan waktu memasak aku cukup..

lama memikir akhirnya aku decide nak buat gulai daging..kononnya nak buat mcm gulai kawah tu sekali aku punya perencah banyak soo dah macam kari daging yang pekat dan pure laa pulak..takpe janji sedap dimakan...(aikk masuk lif naik sendiri hahaha)

gulai daging bersama kentang..

resepi nya
daging batang pinang (ni ajer yg aku ada )
kentang
asam jawa
garam + gula +ajinomoto (3 serangkai -A)
kayu manis + pelaga + bunga lawang (3 serangkai -B)
kerisik
serbuk kari daging
santan

bahan utk dikisar
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
ketumbar
jintan manis
jintan kasar
cili kering

cara- caranye pulak
1. tumis bahan2 yang telah dikisar dalam periuk bersama kari daging, kerisik dan 3 serangai-B sampai berminyak dan naik bau..perghh tak tahan aku time ni bau dia
2. selepas tu masukkan daging dan rebus seketika - letak air
3. agak dah empuk daging masukkan pulak kentang rebus sampai empuk - kalau kering letak air lagi skit
4. semua dah empuk baru laa masukkan santan, air asam jawa dan 3 serangkai-A
5. selesai laa apalagi hidang laa kat meja laki nak makan weiiiii

Monday, May 21, 2012

kentang bersalut telur..sarapan pagi

cara-cara membuat kentang bersalut telur..

kentang yang sudah dikopek kulit dan dipotong slice..kemudian direndam dalam air garam selama 10 min pun ok dah..(saja nak bg kentang tu berasa garam skit)

kemudian campak dalam kuali..make sure jangan sampai terpercik minyak kang naya plak kang...goreng kentang sampai kentang empuk atau kekuningan..ikut masing2 nye citarasa..kemudian angkat dari kuali toskan..minyak dibuang dari kuali ya

kemudian telur dipukul bersama garam..ni ala2 nak buat telur dadar laa...

kemudian kentang yang dah digoreng tadi di masukkan balik dalam kuali tanpa minyak..kemudian curahkan telur tadi serata ke atas kentang2 tadi..supaya dia bersalut


ni bila dah siap dimasak..jadik laa macam ni..ni aku terover skit nampak laa ada terhitam skit tu..harap maaf..kemudian bole laa dimakan bersama sos cili..

sekian terima kasih dari chef comel ezad..hahahhaha comel laa sgt kan 

Thursday, August 12, 2010

SAMBAL TUMIS UDANG

Sabtu malam - Pot Luck Glenpark U1/84A

ok malam tu, ada pot luck buntuk plak otak aku nak buat apa? so decide to do egg sandwich jer..sekali dh siap macam tak best laa pulak satu jer decide to buat sambal tumis sardin makan bersama capathi...

yaaa jangan tak percaya yang aku leh buat capati...sila lihat hasilnye

ni dia capati nye..cuma kering skit kurang minyak ghee

Resepi untuk roti capathi
tepung atta
air suam-suam panas
minyak ghee skit
garam

cara-caranya
1. gaulkan semua bahan-bahan diatas.
2. agak-agaknye bole uli
3. lempengkan dia..kemudian letak atas kuali panas dan kering..kalau nak minyak2 skit letak minyak ghee atau majering semasa nak panaskan atas kuali
4. untuk mengelembungkan roti tu..tekap-tekap dengan kain basah.

sambal tumis sardin...
Resepinya
Blender lumat bahan2 dibawah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit belacan
cili kering
garam
gula
ajinomoto
sardin 1 tin
air asam jawa

cara-caranya
1. tumis semua bahan-bahan yang dah diblender diatas sampai keluar minyak.
2. lepas tu tuangkan sardin..lenyek-lenyekkan dalam kuali tu sambil gaul-gaul (ni kalau yang suka hancur laa)
3. lepas tu letak laa garam skit, gula, ajinomoto dan air asam jawa ikut citarasa sendiri..
4. siap laaa bole dihidangkan

Thursday, August 5, 2010

Ikan Sepat Masin bersalut sambal tumis

Ikan Sepat masin..tah kenapa teringin nak rasa sbb dengar org ramai ckp sedap..soo aku beli laa kat kedai..

Bahan-bahan
Ikan Sepat Kering
1 biji Bawang Besar (dimayang halus)
sedikit Halia (dimayang halus)
5 biji Cili Api (dimayang halus)
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa

bahan-bahan untuk Blendar
sedikit Cili Kering
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
sedikit belacan
sedikit halia

Cara-caranya
1. goreng ikan sepat, kemudian letak tepi
2. tumis semua bahan yang diblendar sampai naik minyak
3. letak garam, gula, ajinomoto, air asam jawa..
4. kemudian letak laa bawang besar, halia dan cili yang dah dimayang tu..
5. tutup api curahkan kat ikan sepat yang dah digoreng tadik...siap untuk di makan

Asam Pedas Ikan Pari...

terasa nak makan asam pedas..soo bahan2 takde cuma ada ikan pari jer..soo aku tawakal jer laa masak...bahan2 yang takde pun cuma daun kesum, Bendi, tomato dan sewaktu dengan nye..kalau Mak aku dah lama dia campak kobis jeruk tapi aku kurang berminat skit...

Resepinye;
Bahan-bahannye
3 ulas  Bawang Merah Kecik
2 ulas  Bawang Putih
sedikit Halia
sedikit Kunyit
sedikit Cili Kering
sedikit Belacan
(blendar semua bahan diatas sampai lumat..)
Ikan Pari
Air asam jawa sedikit
garam
ajinomoto

cara-caranye
1. tumis semua bahan sampai naik bau.
2. kemudian masukkan air agak2 laa
3. dah mendidih, masukkan ikan
4. kemudian masukkan air asam jawa, garam, ajinomoto biarkan sampai mendidih
5. siap dihidang..

Friday, April 16, 2010

Siakap Steam....

Siakap Steam

ni paling senang..mummy kata...

1 eko ikan siakap
halia (Potong halus)
bawang merah (potong dadu)
bawang putih (potong dadu)
kobis jeruk (potong halus)
asam boi (pecahkan dalam bekas)
cendawan hitam (rendam air panas lepas tu potong slice)
cili api (kalau nak pedas pecahkan)
sedikit garam, gula, kicap masin, ajinomoto dan sos ikan (kalau tak taruk pun takpe)
air sedikit
minyak masak sedikit

semua campak sekali dalam bekas... masuk dalam steamer steam agak2 dah masak 10 or 15 min kot

Mee Rebus Hj Wahid

ni pun antara makan famous kat johor..mee rebus Hj Wahid...sedap giler make sure siapa yang pi johor jangan lupa nak mencuba mee ni ok,.,,,


Nasik Ambang - Pagoh style

setiap kali balik Johor mummy and daddy suka singgah R n R Pagoh sebab apa tau...sebabnye ini ..................
yaaaaaaa ini laa nasi ambang...ia hanya laa nasi putih jer tapi dipenuhi dengan lauk pauk yang banyak dan sedap..kalau makan time panas perghhh meleleh... antara lauk yg ada dalam nasi ni..serunding, ikan kering bulu ayam, mee goreng, ayam goreng or ayam masak kicap dan sambal goreng...cara makan nye senang jer...gaul semua masuk mulut ngappppppppppp...

tradisi kenduri kat kampung mummy kat Bukit gambir Muor macam ni laa..nasi ambang...

Asam Kuning Rebus

Masak Asam Kuning rebus Ikan Selar Kuning

Paling Senang dan menyihatkan sbb tak mengunakan minyak pun...

Masak lemak ketam...yummylicious

nak resepi nanti yaaa

Kerabu Mangga...---my fav---

mummy buat sendiri okay...

Saturday, January 9, 2010

steam boat

ini kuah tom yam..mummy cam biasa kalau mau makan steam boat jer dia mesti mintak kuah tom yam.. so kalau buat kat rumah..dia akan masak kuah tom yam jer..sup ayam selalu nye mama linda

Bahan tuk wat sup tom yam ni senang jer..macam masak tomyam laaa
perencah tom yam (mummy suka beli yg brand thailand nye..ntah apa nama tah)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
2 batang serai
garam

semua bahan2 di atas di hiris dan rebus dalam air bersama perencah tom yam tu sampai mendidih.kalau nak sedap letak laa kepala udang, daging skit tuk tambah lemak lagi kuah tu..

bahan - bahan tuk steamboat nye sila beli kat kedai..bebola ayam laa, sotong la. ketam la..ya

benda - benda yang mummy masak

arini mummy masak sup bebola ayam...paling ringkas dan senang selain sup telur..mummy ckp...

resepi dia senang jer

Bahan-bahan

bebola ayam dr ayamas

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

sedikit halia

sedikit ikan bilis

minyak masak sikit

(kalau nak sedap lagi letak la stock ayam dari maggi, tapi tuk bebudak toksah laa)

Cara-caranya

tumis semua bahan (bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis)

kemudian masukkan air, stock ayam maggi skit, garam skit dan last sekali bebola ayam.

biarkan sampai mendidih kemudian angkat dan bedal dengan nasi