AKTIVITI AKU

Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Kek Coklat Trianon - Perghhh Sedap Giler

Kek coklat Mewah..bole dikategorikan laa paling Mewah sbb 1 slice ni berharga RM8++, 1/2 kek RmRM50++ tak silap dan 1 whole kek RM200++

kedai kek ni terletak di Citta Mall Ara Damansara PJ..terletak di Ground Flour bersebelahan dengan kedai GNC dan sederet dengan market Presto..kedia kek ni takde display kek pun yang ada hanya 1 kaunter bersama screen tv menunjukkan gambar cake..

aku ada gak tanya kat jurujual dia..dia ckp tu laa org ingat dia kedai saloon rambut..kalau aku pun akan sangka mcm tu kalau takde info yang mengatakan itu kedai kek coklat sedap..

cake dia cuma ada 2 jenis ajer..1 kek coklat biasa dan 1 lagi kek coklat Trianon( yang ni seperti dibawah ni)..giler sedap..korang try laa...


1 slice ni RM8++..

giler sedap sangat2...

kek Gula Hangus - 1st time nasib menjadi

Jumaat malam seperti biasa aku ada Usrah dirumah jiran aku..so kali ni aku dha berabis pikir dah ni nak membawa apa ler tuk makan2 nanti..nak dtg tangan kosong tak sedap plak kan...

aku google punya google (mampus kalau company aku tau aku google kena guna Bing laa) hahaha lantak laa..aku jumpa kat myresepi.my..resepi yang paling mudah dan senang sekali..godak dia guna blender ajer..giler kentang...

so aku pun saling ler resepinya yooo..kul 5pm aku dh cabut dari opis..(KLCC beb kul 5 tu kalau mau dia nak jem..kul 8pm gak aku sampai umah) tapi nasib aritu mungkin niat aku suci nak ker kelas Usrah kan hahaha so jalan bole dikatakan clear..

sesampai ajer dirumah aku terus keluarkan bahan2 dari fridge..godak2 segala nye..teng teng..sekali jadik weiii Alhamdulillah..siap bersarang tu...



Resepi akan ku kopipes ya

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara

Step 1

1. Masak Gula dengan api sederhana hingga hangus
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.


Step 2
1. Blender telur + susu pekat + tepung + soda. Sebatikan.
2. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
3. Perap adunan selama lebih kurang 30 min.
4. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam+-

Monday, May 7, 2012

japanese cheese cake

salam entry kali ni adalah kek cheese..dah lama aku tengok cream cheese kat dalam fridge aku ni soo aku decide buat kek ajer laa sbb nak buat cheese tart penat dan leceh laa pulak sbb nak kena buat cengkerang dia laa itu laa ini laa leceh..so buat kek paling senang semmua humban dalam 1 mangkuk ya tak???

aku nye favorite ialah japanese cheese cake ni sbb dia lembut dan ringan sangat..



ni atas kek yang tak dpt aku selamatkan dari tangan comel dik dina yang menekan kat tengah2 kek tu..dia geram sbb dia kata aku buat ABC atas tu..wal hal aku letak huruf atas nama2 ahli dalam rumah ini..



ni dari pandangan sisi..nampak mcm keringkan tapi nak tau tak kek ni lepas masak memang tak sedap sgt makan mcm kering tapi bila dah masuk fridge keesokkan nye makan perghhhh tak nak berhenti...



ni yang telah di potong..nampak tak cheese tu aku tak godak betul2 so tak hancur sgt laa cheese dia tapi asal dia naik tak bantat ok laa hahahhaa



ni lagi aku sedih bila aku kedapur sekejap abis atas dia nak kopek dengan adik dina bean..so hajat nak bagi kat jiran2 tetangga tak dapat laa sbb malu kek dh kena toreh..

tapi kek ni dapat bertahan dalam fridge aku 1 malam ajer ..keesokkan nye dah kena bedal dek anak2 aku dgn en zam..

Resepi nya aku dpat dari blogspot yang aku google (hehehe kat rumah aku guna google kat opis kena Bing)

- 140g fine granulated sugar
- 6 egg whites
- 6 egg yolks
- 1/4 tsp cream of tartar
- 50g butter
- 250g cream cheese
- 100ml fresh milk
- 60g cake flour (can also use plain flour)
- 20g corn flour
- 1/4 tsp salt
- 1 tsp esen vanilla (ni aku letak sendiri takut bau telur)

1. Preheat the oven at 160°C. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler. Cool the mixture. Fold in the flour, the cornflour, salt, egg yolks and mix well.

2. Whisk egg whites with cream of tartar until foamy. Add in the sugar and whisk until soft peaks form.

3. Add the egg whites to the cheese mixture to and fold well. Pour into a 8-inch round cake pan or removable-bottom cake pan (lightly grease and line the bottom and sides of the pan with greaseproof baking paper or parchment paper). Wrap the base of your cake tin with aluminium foil, to prevent seepage ... although I never do, and it has never seeped! ;)

4. Bake cheesecake in a water bath for 1 hour 10 mins or until set and golden brown at 160°C.

5. Leave to cool in oven with door ajar, about 30mins to 1 hour. Sudden changes in temperature may cause the cake to cool too quickly and collapse.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 28, 2012

favorite cake at Sun Moulin - cheese steam cake

aku kerja di KLCC bangunan 2 yang tinggi mencakar langit terkenal diseluruh dunia..soo kalau dah bekerja di tempat yang terkenal ni status pekerja kena laa menjadik hebat jugak..tapi pada aku..semua sama ajer cuma aku tak leh nak nafikan company2 yang berada di bangunan pencakar langit ini kalau memberi gaji bukan calang2 ehhh..sbb aku pun hampir2 nak menerima penyakit attack malaria tapioka masa dapat offer kat sini..

GILER..aku ternganga..terbiol kejap tengok offer tu..yang ada rasa aku tak sepatutnye dapat tapi Alhamdulillah rezeki nama nye...so selepas masuk kerja kat sini baru la aku tau perghh kalau gaji RM3000 confirmed aku puasa sebulan boleh jadik nye..makanan kat tempat diaorg ni paling murah RM7++ tu palig murah laa..tapi selalunya aku nye budget makan memang tak lari dari RM10++..

ok lantak laa KLCC ni tapi yang pasti ada satu kedai bakery yang aku minat giler iaitu sun Moulin..aku suka beli kek cheese steam cake dia perghhhhh..aku rasa aku dah ceta kot pasal kek ni...tah la tapi disebabkan rasa dia tak pernah hilang dalam ingatan aku tu yg dok menyeru-nyeru kek ni...sampai laa badan aku ni bagai diseru-seru lemak nye...uwaaaaaa

nanti aku masuk kan gambar dia ehh harga cheese steam cake ni 1 = RM3.30

Monday, February 20, 2012

epok-epok...karipap...cubaan kedua

cobaan yang ke 2..yang pertama jadik jugak cuma tak sempat nk tangkap gambar dah kena ngappp...

kali ni cobaan yang ke 2..aku buat karipap..sbb favorite aku karipap, dina bean karipap, zamir karipap en zam pun karipap hahahhaa satu family laa suka mkn karipap..soo aku buat laa..kali ni buat lg banyak sebab konon nya nak wat frozen sekali..dapat sms ada birthday party anak jiran malam tu..soo aku pun amik keputusan bg laa karipap aku tu kat diaorg...



disebabkan aku ni hantu karipap dan aku nak makan apa yang aku rasa sepatutnya karipap tu rasa soo kena laa buat sendiri..sbb mak aku kekadang terpaksa mengikut kehendak org kejap wat tak pedas..karipap pada aku kalau tak pedas tu tak kick laa hahaha (memandai ajer komen mak aku nye masakan)..

ok ni resepi aku olah sendiri

Karipap (bahan-bahan dia aku tak reti nak budget berapa..so agak2 ajer laa ya)

kentang (di potong dadu)
carrot (dipotong dadu)
daging (dicincang kecik)

bahan diblender
bawang merah
bawang putih
cili kering
udang kering skit
halia skit (tak taruk pun takpe, sbb aku ni semua masakkan aku masuk halia)

bahan tumis
serbuk kari
garam
gula
asam jawa skit
air
minyak masak
daun ketumbar (kalau nak laa, sedap tau daun ni)

cara-cara masak inti karipap
1. minyak masak yang sudah panas, kemudian tumiskan bahan2 yang sudah diblender + serbuk kari. sampai kuar minyak or tanak.
2. masukkan daging + air utk merebus daging. daging agak nak empuk masukkan carrot + kentang.
3. kemudian masukkan daun ketumbar+ garam+ gula + asam jawa secukup rasa. dan biarkan sampai kering.
4. tutup api dan sejukkan

bahan utk kulit karipap
mentega
minyak masak
garam
air sejuk
tepung gandum

cara-cara menbuat kulit karipap
1. tepung gandum letakkan didalam mangkuk
2. cairkan mentega dgn minyak. bila dah cair terus tuangkan kedalam tepung gandung tadi
3. gaulkan mengunakan sudu sbb panas kang melecur tangan.
4. air sejuk + garam ..tuangkan kedalam adunan tepung tadi..air agak2 sampai adunan tadi menjadik doh...
5. siap. kemudian cubit sedikit lenyek2 kan dia masukkan inti dan kelim..kemudian goreng laa


my little Brownies..

yes my little brownies request by Acu..saturday yang hangat lepas balik dari interview ajer aku rehat sekejap dan kemudian memulakan modus operandi ku..
brownies yg comel..disebabkan acu ni rajin dia tak mau bakar brownies tu dlm loyang.dia nak cedok sikit masuk dalam cup supaya senang nak dingap katanye..ish ihs ishhhhh ko ni inngat tak apa dik bean ckp setiap hari "acu, jangan makan banyak" hhaaaaaaaaa ingat pesanan anak buah mu itu...

apa dik bean ckp mcm tu..ya korang tak caya ker?? minah ni walaupun dia baru nak masuk 3 tahun tapi petah bercakap tanpa ada pelat..kecuali kalau kita ckp pelat dia pun ikut ckp pelat sekali..

ok back to the brownies ni..aku ikut resepi favorite aku laa joy of baking tu..maklum laa kelas tak payah nak bayar..semua online dan resepi dia tak tipu..aku pernah buat red velvet cupcakes menjadik tauuuuu...


my little brownies.

resepi dia eemmm nanti laa kat rumah atau pun korang bukak laa joy of baking yaa..selamat mencuba

Monday, October 31, 2011

RED VELVET CUPCAKES

Yeayyyyy...jangan tak percaya aku bole buat red Velvet cuppies tuu hehehehe..semua ni belajar dari youtube joy of baking..hehhehee

tak sia-sia aku belajar dari you tube tu inilah hasil nye merah tak?? mau tidok..aku guna dekat 1 botol kaler merah tu giler....tapi dapat laa dekat 50 biji gitu...resepi sila amik kat joy of baking ya..





KUIH KUNDAS...

hahah kali ni entry yang bebaik aja pasal makanan yaa..walaupun stress makan tetap makan..soo kali ni adalah kuih kundas..di mana kuih ni aku selalu makan masa kecik2 kat kampung Muor aku..dulu yang buat kuih ni adalah Wak Gambreng. soo memang terkenal laa kuih kundas wak gambreng..(skang wak gambreng dah arwah dah)..kuih ni dulu dimakan cicah dengan kuah kacang..sedap nye Ya ALLAH yang tahu..

soo kali ni aku nak makan kena laa buat sendiri..carik punya carik so jumpa laa resepi yang terhebat dari cousin aku cikgu Awa..terima kasih cikgu..ajaran mu tidak sesat dan saya patuh mengikuti cuma ada sikit kelencongan bahaya saya telah memandai menambahkan lagi satu bahan kedalam resepi mu cikgu hehehhehhee...so inilah gambar dan resepi kuih kundas itu

Kuih Kundas



Bahan-Bahan

tepung gandum
gula
baking powder (cap royal)
soda bicarbonat (cap king)
garam sikit ajer
sedikit air

cara-cara

1. gaul semua bahan tadi sehingg menjadi doh.
2. biarkan selama 1/2jam or 1 jam atau lebih ikut suka.
3. cubit sedikit uli nipis, kemudian masukkan dalam minyak yang panas
4. sentiasa siram minyak kat atas doh td sehingga dia naik kembung.
5. selepas kekuningan, angkat dan hidang.

Wednesday, September 21, 2011

roti fav old time

ROTI SARDIN CHEESE

bukan laa nak puji diri ker apa..tapi ini laa roti yg aku suka makan..roti sardin cheese..melted giler sungguh sedap...

 ko bayang ni aku bole abis sorang


macam biasa..isi dia perghhhh panas2 makan sedap weiii

Bahan-bahan
1 tin sardin kecik
cili api (dipotong)
bawang besar (dipotong dadu)
1 biji limau nipis
Roti

cara-caranye
1. lenyekkan sardin + masukkan cili api + bawang besar = Gaul rata
2. Perahkan limau
3. sapu kan kat roti..kapit kan berdua masuk dalam pembakar roti
jemput makannnn

Friday, December 17, 2010

Friday, April 16, 2010