AKTIVITI AKU

Monday, June 6, 2011

Biskut Cokelat Chip

resepi ni di ambil dari web mana ehh dah lupa dah..lama jugak amik dan lama jugak di simpan..hehehhe akhirnya bila anak mintak baru laa nak buat..



Bahan-bahan:

450 gram self-raising flour
2 biji telur
250 gram butter
170 gram gula halus
170 gram gula perang
170 gram chocolate chips
170 gram almond
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecik vanilla essence
Sedikit tepung almond
1 sudu kecik perasa kopi (saya tambah sendiri)
Setengah sudu kecil garam(tak payah letak pun takpe)

serbuk koko (ada orang letak, saya tak letak)
sedikit kelapa kering

Cara-cara:
1.Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan vanilla essence, perasa kopi, telur dan garam dan pukul lagi.

2.Masukkan tepung, tepung almond, kelapa kering dan bicarbonate of soda yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Masukkan chocolate chips dan almond, kacau rata.

3.Ambil sesudu adunan, bulatkan dan tekan dengan garfu atas dulang pembakar(sapu sikit margerin supaya tak lekat). Jarakkan sbb biskut akan mengembang

4. Bakar pada suhu 160'c selama 15-20 minit.