AKTIVITI AKU

Thursday, May 31, 2012

i am back..ayambak..hahahhaa

Assalamualaikum semua..

saya kembali setelah lama bercuti..maklum laa cuti sekolah bermula cuti -cuti pun bermula laa tapi kali ni kami mulakan percutian kami dengan berita sedih sbb mak mertua ku diKedah sakit..dah 2 hari senak2 kat perut sampai ker Hospital.

En zam pun mengajak laa kami bercuti ker kampung dia tu sambil tu menyelit berita gembira setelah ker Kedah dia nak bawak jenjalan ker Cameron Highland..aku ni yang dah lama duduk dgn en zam ni bukan tak nak percaya tapi selalu nya dia punya plan tak pernah menjadi..depan dia kita tunjuk laa gembira sakan tapi dalam hati kena ada had kang kalau kata datang dianye level pemikiran yang tak berapa waras mau dia cancel percutian yang telah diharap2 kan itu..menangis meraung kang aku sbb tak dapat apa yang dijanjikan.. jangan tak caya en zam ni...banyak kali dah dia buat camtu..(nasib ada bini mcm ni kalau kena org lain aku rasa dah lama kena sepak terajang gamaknye en zam ni..mau dah keluar berita hadapan Metro akhbar kang)

ok balik kepada MIL aku ni..kami bertolak dari Shah Alam kul 12 tgh ari jalan slow2 ajer. Ari sabtu maybe tak ramai sangat yang balik kot soo jalan agak lenggang skit laa tapi still RnR tetap penuh dengan kereta..apa daaa...

ok sampai ajer kat exit Gurun kul 5 lebih tak silap..pastu aku ckp jom ker pasaraya Aneka dulu shopping..bukan shopping apa pun cuma..beli laa barang2 dapur skit tuk makan maklum laa umah mak MIL aku tu takde benda sbb dia bukan jenis pemakan soo memang takde apa..kang tetiba malam anak2 aku mintak nasik ker meggi mee ker mana nak cari weii.. after dah shopping dan makan2 apa yang patut terus bertolak ker rumah dia..so sampai laa dalam kul 7 lebih gitu..nampak mak dia dah duduk standby kat depan pintu..nampak sihat Alhamdulillah..

tapi kesihatan dia tak begitu memberangsangkan keesokkan nye mula dia sakit2 perut balik angin tido sepanjang ari..terus en zam bawak dia ker Hospital sg Petani..malam tu tido laa kami anak beranak dirumah kampung tu,.agak meyeramkan jugak laa tinggal sorang mcm2 bunyi ada tapi aku wat dono ajer laa..bukak hp surah Yassin jap tuk melayan perasaan tido hehehhe (cover line, jgn ckp dgn en zam..aku ckp ok ajer hahahha)

dia nye penyakit ni kejap ok kejap tak ..tu laa duduk sensorang kat rumah takde org nak melayan makan minum dia kesian jugak..so setiap ari aku ada ni dapat laa aku masak setiap ari..hari ahad aku masak goreng2 ajer seperti ayam goreng, ikan goreng, ikan tamban kering, sambal belacan, kacang panjang goreng belacan dan sup ayam..lauk bermacam2 sbb rumah tu bila kitaorg balik maka ramai laa yang dok dtg bertandang soo lauk kena laa sentiasa ada..masuk rumah ajer bukak periuk nasik dan selak tudung saji weii..so bila pepagi aku dah masak pepandai korang ler kalau nak makan ya tak hehehhe..

hari Isnin aku masak lauk merah2 plak..so aku masak ikan sambal, sambal tumis ikan bilis petai, ikan tamban kering. hari selasa aku masak ikan kembung masak pidang kuning, ikan lenggat goreng, dan udang goreng kunyit..kemudian kul 2pm kami bertolak dari rumah meninggalkan mak MIL aku yang nampak dah molek skit keadaan dia..dan kami pun terus bermula ker percutian 1 malam kami itu ker cameron...


kepada mak Mertua ku semoga sihat dan kuat sbb tak lama lagi kang dah nak kena panggil ker Haji sila laa jaga kesihatan mu..Amin

No comments: