AKTIVITI AKU

Tuesday, May 22, 2012

Gulai Daging..

malam tadi aku teringat yanng ada ku ada beli 1kg daging batang pinang..so aku pun pikir laa apa nak buat dgn daging tu..daging batang pinang ni adalah sangat bagus bagi orang2 yang macam aku ni nak masak lepas balik kerja dah dekat kul 8mlm gitu..sbb daging ni tak payah rebus lama2..cuma harga dia biasa laa 1kg = RM26..aku sanggup asalkan memendekkan waktu memasak aku cukup..

lama memikir akhirnya aku decide nak buat gulai daging..kononnya nak buat mcm gulai kawah tu sekali aku punya perencah banyak soo dah macam kari daging yang pekat dan pure laa pulak..takpe janji sedap dimakan...(aikk masuk lif naik sendiri hahaha)

gulai daging bersama kentang..

resepi nya
daging batang pinang (ni ajer yg aku ada )
kentang
asam jawa
garam + gula +ajinomoto (3 serangkai -A)
kayu manis + pelaga + bunga lawang (3 serangkai -B)
kerisik
serbuk kari daging
santan

bahan utk dikisar
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
ketumbar
jintan manis
jintan kasar
cili kering

cara- caranye pulak
1. tumis bahan2 yang telah dikisar dalam periuk bersama kari daging, kerisik dan 3 serangai-B sampai berminyak dan naik bau..perghh tak tahan aku time ni bau dia
2. selepas tu masukkan daging dan rebus seketika - letak air
3. agak dah empuk daging masukkan pulak kentang rebus sampai empuk - kalau kering letak air lagi skit
4. semua dah empuk baru laa masukkan santan, air asam jawa dan 3 serangkai-A
5. selesai laa apalagi hidang laa kat meja laki nak makan weiiiii

No comments: