AKTIVITI AKU

Monday, September 12, 2011

10 Sept 2011 - Open house umah Subang..tempias ker shah alam

As salam Syawal semua..asal raya jer bermula laa open house ya tak..ok ni nak cerita open house tak berapa besar laa just masak tuk 3 or 4 family ajer kakak aku ni..tapi dia sudah tempah mcm 50 org makan tu..aku pun apa lagi "wah kak banyak ni bole pow, sbb jiran ada nak dtg rumah beraya malam ni"

soo kakak aku ni, ya aku dah siapkan nasik awal2 lg tu kat dlm tupperware dah tinggal angkut jer nak balik nanti...

so kesudahan nye dengan nasik dan lauk yang banyak itu aku pun terus laa memanggil jiran -jiran aku lepak dirumah makan.. terima kasih laa kat kesemua jiran-jiran aku sebab sanggup datang dan menolong menghabiskan makanan yang ada tu..kalau tak sure kakak aku menangis tak berlagu tengok nasik dan lauk pauk yg dia order melebih-lebih tak dimakan...

soo secara tak sengaja bole laa dikatakan open house sekali kat rumah shah alam tu tanpa di rancang dan terbaik nye aku tak bersusah payah memasak..makanan penuh dimeja Alhamdulillah..menu nya adalah

Nasi Dagang Kelantan
ayam masak eemm (tak tau nama dia)
telur dan udang masak (tak tau jugak)
acar
mee hoon (aku buat)
mee rebus (mak aku buat)
apam colorful
carrot cake with cheese frosting (ni aku buat)
red Velvet cake (jiran buat)
kacang pea jepun kukus (aku kukus) - yang ni saja aku taruk tuk sesiapa yg jaga kesihatan
kerepok ikan (ni aku goreng)
sago gula melaka (umah kakak aku)
air sarsi
teh tarik
kopi O kluang



No comments: