AKTIVITI AKU

Tuesday, August 2, 2011

SALAM AL-MUBARAK

Assalamualaikum


saya ingin mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua umat Muslimin dan Muslimat semua..di bulan yang Mulia ini marilah kita sama-sama bersedekah, menambahkan amalan2 . semoga Ramadhan tahun ini memberikan berkat dan hidayah.


Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

semua dah tau ker Niat puasa..mari saya lampirkan disini

NIAT PUASA

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى 

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

ini pulak doa untuk berbuka puasa..adab ketika berbuka harus laa tertib jgn gelojoh ya mulakan dengan kurma dan air..

DOA BERBUKA PUASA

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

SELAMAT BERPUASA

No comments: