AKTIVITI AKU

Thursday, August 5, 2010

Ikan Sepat Masin bersalut sambal tumis

Ikan Sepat masin..tah kenapa teringin nak rasa sbb dengar org ramai ckp sedap..soo aku beli laa kat kedai..

Bahan-bahan
Ikan Sepat Kering
1 biji Bawang Besar (dimayang halus)
sedikit Halia (dimayang halus)
5 biji Cili Api (dimayang halus)
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa

bahan-bahan untuk Blendar
sedikit Cili Kering
4 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
sedikit belacan
sedikit halia

Cara-caranya
1. goreng ikan sepat, kemudian letak tepi
2. tumis semua bahan yang diblendar sampai naik minyak
3. letak garam, gula, ajinomoto, air asam jawa..
4. kemudian letak laa bawang besar, halia dan cili yang dah dimayang tu..
5. tutup api curahkan kat ikan sepat yang dah digoreng tadik...siap untuk di makan

No comments: