AKTIVITI AKU

Tuesday, May 22, 2012

Gulai Daging..

malam tadi aku teringat yanng ada ku ada beli 1kg daging batang pinang..so aku pun pikir laa apa nak buat dgn daging tu..daging batang pinang ni adalah sangat bagus bagi orang2 yang macam aku ni nak masak lepas balik kerja dah dekat kul 8mlm gitu..sbb daging ni tak payah rebus lama2..cuma harga dia biasa laa 1kg = RM26..aku sanggup asalkan memendekkan waktu memasak aku cukup..

lama memikir akhirnya aku decide nak buat gulai daging..kononnya nak buat mcm gulai kawah tu sekali aku punya perencah banyak soo dah macam kari daging yang pekat dan pure laa pulak..takpe janji sedap dimakan...(aikk masuk lif naik sendiri hahaha)

gulai daging bersama kentang..

resepi nya
daging batang pinang (ni ajer yg aku ada )
kentang
asam jawa
garam + gula +ajinomoto (3 serangkai -A)
kayu manis + pelaga + bunga lawang (3 serangkai -B)
kerisik
serbuk kari daging
santan

bahan utk dikisar
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
ketumbar
jintan manis
jintan kasar
cili kering

cara- caranye pulak
1. tumis bahan2 yang telah dikisar dalam periuk bersama kari daging, kerisik dan 3 serangai-B sampai berminyak dan naik bau..perghh tak tahan aku time ni bau dia
2. selepas tu masukkan daging dan rebus seketika - letak air
3. agak dah empuk daging masukkan pulak kentang rebus sampai empuk - kalau kering letak air lagi skit
4. semua dah empuk baru laa masukkan santan, air asam jawa dan 3 serangkai-A
5. selesai laa apalagi hidang laa kat meja laki nak makan weiiiii

Monday, May 21, 2012

Avengers - with Aliff dan Zamir

ok kali ni aku tengok Avengers ni dengan Aliff dan Zamir..dah diaorg ni mintak nak tengok Ironman terpaksa laa aku bawak dan tengok kali yang keberapa tak tau..sbb aku pun minat giler ceta ni hahahaha...

so selalu kalau bawak budak2 ni tengok wayang diaorg ni diam ajer kali ni tengok avengers ni diaorg plak yang excited dan bertepuk tangan setiap kali Ironman dapat kalahkan org jahat...mak aii korang ni semangat betui laaa..nasib laa ada budak2 kecik lain yang buat kecoh so tak ler malu mummy ni...

aku pun naik mcm excited laa mcm laa diaorg semua hero2 tu betui2 menyelamat kan bumi skang ni hahahhaa..siap yes..yeahh tepuk tangan hahahahha lawak2...

anywhere good movie ....

Kek Coklat Trianon - Perghhh Sedap Giler

Kek coklat Mewah..bole dikategorikan laa paling Mewah sbb 1 slice ni berharga RM8++, 1/2 kek RmRM50++ tak silap dan 1 whole kek RM200++

kedai kek ni terletak di Citta Mall Ara Damansara PJ..terletak di Ground Flour bersebelahan dengan kedai GNC dan sederet dengan market Presto..kedia kek ni takde display kek pun yang ada hanya 1 kaunter bersama screen tv menunjukkan gambar cake..

aku ada gak tanya kat jurujual dia..dia ckp tu laa org ingat dia kedai saloon rambut..kalau aku pun akan sangka mcm tu kalau takde info yang mengatakan itu kedai kek coklat sedap..

cake dia cuma ada 2 jenis ajer..1 kek coklat biasa dan 1 lagi kek coklat Trianon( yang ni seperti dibawah ni)..giler sedap..korang try laa...


1 slice ni RM8++..

giler sedap sangat2...

kek Gula Hangus - 1st time nasib menjadi

Jumaat malam seperti biasa aku ada Usrah dirumah jiran aku..so kali ni aku dha berabis pikir dah ni nak membawa apa ler tuk makan2 nanti..nak dtg tangan kosong tak sedap plak kan...

aku google punya google (mampus kalau company aku tau aku google kena guna Bing laa) hahaha lantak laa..aku jumpa kat myresepi.my..resepi yang paling mudah dan senang sekali..godak dia guna blender ajer..giler kentang...

so aku pun saling ler resepinya yooo..kul 5pm aku dh cabut dari opis..(KLCC beb kul 5 tu kalau mau dia nak jem..kul 8pm gak aku sampai umah) tapi nasib aritu mungkin niat aku suci nak ker kelas Usrah kan hahaha so jalan bole dikatakan clear..

sesampai ajer dirumah aku terus keluarkan bahan2 dari fridge..godak2 segala nye..teng teng..sekali jadik weiii Alhamdulillah..siap bersarang tu...



Resepi akan ku kopipes ya

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara

Step 1

1. Masak Gula dengan api sederhana hingga hangus
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.


Step 2
1. Blender telur + susu pekat + tepung + soda. Sebatikan.
2. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
3. Perap adunan selama lebih kurang 30 min.
4. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam+-

selamat Hari Guru..

SELAMAT HARI GURU...

hadiah tuk Teacher Shaz..ustazah Airil Zamir

pada 18 May sekolah zamir menyambut hari guru..dan si Zamir ni beria nak bawak hadiah tuk Ustazah dia sorang ajer iaitu Ustazah Shaz..yang lelain dia kata tak payah..so aku tanya dia nak bagi apa?? dia jawap hadiah laa..ok laa aku kena carik ni

so pada 1 ari aku bawak dia jenjalan ker Jusco Equine masuk kedai body shop..sekali dia nampak ada promotion tuk teacher..so dia pun pi amik suh aku bayar dia ckp tuk teacher shaz dia..terkezut aku..omakkau...mahalnye..tapi takpe laa nasik tuk 1 org ajer kalau 3 4 org mau aku benti kerja bukak kedai body shop ni...

ok harap teacher shaz tak boring mengajar anak lelaki ku ini..

kentang bersalut telur..sarapan pagi

cara-cara membuat kentang bersalut telur..

kentang yang sudah dikopek kulit dan dipotong slice..kemudian direndam dalam air garam selama 10 min pun ok dah..(saja nak bg kentang tu berasa garam skit)

kemudian campak dalam kuali..make sure jangan sampai terpercik minyak kang naya plak kang...goreng kentang sampai kentang empuk atau kekuningan..ikut masing2 nye citarasa..kemudian angkat dari kuali toskan..minyak dibuang dari kuali ya

kemudian telur dipukul bersama garam..ni ala2 nak buat telur dadar laa...

kemudian kentang yang dah digoreng tadi di masukkan balik dalam kuali tanpa minyak..kemudian curahkan telur tadi serata ke atas kentang2 tadi..supaya dia bersalut


ni bila dah siap dimasak..jadik laa macam ni..ni aku terover skit nampak laa ada terhitam skit tu..harap maaf..kemudian bole laa dimakan bersama sos cili..

sekian terima kasih dari chef comel ezad..hahahhaha comel laa sgt kan 

Pop corn yang paling sedap dan mahal..Garrets

POP CORN GARRET

ni adalah separuh dari pop corn yang aku bedal..penuh salutan dengan karamel dan bersama Almond..giler sedap pop corn dia tapi tu laa yang paling murah RM9++ ..

cuma 1 ajer aku tak kenan dengan Garret pop corn ni, nak bawak balik rumah pun aku dok pikir 3 4 kali sbb takut lemur..sbb apa tau dia cuma bekaskan pop corn tu dalam beg kertas ajer..sah2 laa kalau aku beli time lunch petang sampai umah dah lemur..harap dia dpt mengimprovekan cara simpanan tu..takkan ler nak beli 1 tin besau tu mahal dowhhh

13 May 2012 - Happy 3rd Birthday Airin Erdina

happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to you erdina..
happy birthday to you...

Happy birthday Adik Erdina yang ker 3 tahun..genap laa dia 3 tahun semoga sentiasa ceria, nakal dan menjadi anak yang solehah..Amin

cake harijadi dia yang paling sedap buat masa kini rich of chocolate...beli di Secret Receipe nama dia Absolutely Chocolate 1 whole cake RM120..slice dalam RM10++...tak sia-sia cake yang sungguh lazat macam birthday girl nye..

gambar2 birthday girl akan di upload later..sbb tak sempat laa mummy dia ni.. sibuk memanjang..

Monday, May 7, 2012

japanese cheese cake

salam entry kali ni adalah kek cheese..dah lama aku tengok cream cheese kat dalam fridge aku ni soo aku decide buat kek ajer laa sbb nak buat cheese tart penat dan leceh laa pulak sbb nak kena buat cengkerang dia laa itu laa ini laa leceh..so buat kek paling senang semmua humban dalam 1 mangkuk ya tak???

aku nye favorite ialah japanese cheese cake ni sbb dia lembut dan ringan sangat..



ni atas kek yang tak dpt aku selamatkan dari tangan comel dik dina yang menekan kat tengah2 kek tu..dia geram sbb dia kata aku buat ABC atas tu..wal hal aku letak huruf atas nama2 ahli dalam rumah ini..



ni dari pandangan sisi..nampak mcm keringkan tapi nak tau tak kek ni lepas masak memang tak sedap sgt makan mcm kering tapi bila dah masuk fridge keesokkan nye makan perghhhh tak nak berhenti...



ni yang telah di potong..nampak tak cheese tu aku tak godak betul2 so tak hancur sgt laa cheese dia tapi asal dia naik tak bantat ok laa hahahhaa



ni lagi aku sedih bila aku kedapur sekejap abis atas dia nak kopek dengan adik dina bean..so hajat nak bagi kat jiran2 tetangga tak dapat laa sbb malu kek dh kena toreh..

tapi kek ni dapat bertahan dalam fridge aku 1 malam ajer ..keesokkan nye dah kena bedal dek anak2 aku dgn en zam..

Resepi nya aku dpat dari blogspot yang aku google (hehehe kat rumah aku guna google kat opis kena Bing)

- 140g fine granulated sugar
- 6 egg whites
- 6 egg yolks
- 1/4 tsp cream of tartar
- 50g butter
- 250g cream cheese
- 100ml fresh milk
- 60g cake flour (can also use plain flour)
- 20g corn flour
- 1/4 tsp salt
- 1 tsp esen vanilla (ni aku letak sendiri takut bau telur)

1. Preheat the oven at 160°C. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler. Cool the mixture. Fold in the flour, the cornflour, salt, egg yolks and mix well.

2. Whisk egg whites with cream of tartar until foamy. Add in the sugar and whisk until soft peaks form.

3. Add the egg whites to the cheese mixture to and fold well. Pour into a 8-inch round cake pan or removable-bottom cake pan (lightly grease and line the bottom and sides of the pan with greaseproof baking paper or parchment paper). Wrap the base of your cake tin with aluminium foil, to prevent seepage ... although I never do, and it has never seeped! ;)

4. Bake cheesecake in a water bath for 1 hour 10 mins or until set and golden brown at 160°C.

5. Leave to cool in oven with door ajar, about 30mins to 1 hour. Sudden changes in temperature may cause the cake to cool too quickly and collapse.
Published with Blogger-droid v2.0.4

1 weekend yg terindah

satu weekend yang indah dimana time ni semua kerajinan lepak dirumah ku sambil membasuh kereta, motor dan anak2 mereka... dasyat sungguh time kerajinan ni...




ni kedua cik putih telah dimandi dan di make up kan



ni pulak motor2 yang telah dimandikan dan dijemur..ala2 sun burn


cuci2 kereta dan motor

Published with Blogger-droid v2.0.4