AKTIVITI AKU

Friday, May 25, 2012

makanan awet mudo..

AYAM PANGGANG MASAK LEMAK CILI API CEKUR


amikkau nama punya laa panjang..hahaha ni antara lauk yang aku suka sangat..lauk aweks muda aku hahahha cekur bahan ni ada didepan rumah aku dalam pasu aku tanam pokok cekur ni..

resepinya..

ayam - kunyit dan garam
dipanggang dalam kuali dgn minyak yang sedikit sampai ayam tu empuk...
(ayam ni kalau nak tukar ker ikan pun bole..ikan kembung ker )

bahan2 tuk kuah dia pulak

2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
3 ulas ubi cekur*
4 biji cili api*
(*bahan2 perlu ditumbuk)
air
santan
daun cekur - dihiris halus
garam + gula + ajinomoto

cara-caranya pulak
1. rebus air bersama baham2 yang telah ditumbuk sampai mendidih
2. kemudian masukkan santan
3. masukkan perasa garam + gula dan ajinomoto (org jawa masakkan mesti ada gula) dan jugak daun cekur tadi
4. last sekali masukkan ayam yang dah dipanggang..kemudian tutup api
siap dihidangkan dengan nasi panas..perghh mervelous


No comments: