AKTIVITI AKU

Monday, September 12, 2011

Resepi - Mee Rebus Hj Wahid yang famous di Johor (amik dari internet)

resepi dah amik cuma nak buat ajer

MEE REBUS HAJI WAHID JOHOR
 
KUAH
 
PERLU ADA:
1 kg daging lembu – rebus dan ketepikan
4 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
15 biji cili kering *
3 inci halia *
2 inci lengkuas *
1 batang serai *
1 sudu besar ketumbar – disangai *
1 sudu kecil jintan manis – disangai *
1 sudu kecil jintan putih – disangai *
2 sudu besar rempah kari *
2 biji keledek – rebus dan kisar halus **
2 cawan udang kering – kisar halus **
4 sudu besar tauchu – kisar halus **
2 biji kentang – kisar halus **
1 cawan kacang tanah – kisar halus **
1 cawan udang basah – kisar halus (boleh kisar dengan kulit sekali kalau udang lembut) **
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
 
PERLU BUAT:
1. Kisar halus bahan-bahan bertanda *. Tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan daging dan air rebusan. Tambah bahan-bahan kisar yang bertanda **.
3. Tambahkan garam dan gula. Kuah mee rebus ni ada rasa lebih manis sedikit.
4. Masak sehingga mendidih, cukup rasa dan kepekatannya.
 
PENDARAM/KEROPOK
 
PERLU ADA:
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
Sedikit air kapur
2 sudu kecil udang kering - dikisar halus
Garam
Serbuk kunyit
Air
Minyak untuk menggoreng

PERLU BUAT:
1.gaul semua bahan tadi
2. gorengkan dalam minyak panas di tepi kuali

2 comments:

Jiehan said...

nak cuba lah nanti2..

ezzerules said...

aku pun belum cuba baru jumpa resepi jer ni...yg sebenarnya aku nak resepi yg keropok dia tu ajer..yg kuah dia ni mcm mak aku jer