SELAMAT HARI RAYA..
HARI UNTUK KITA BERSUKA -RIA
SELAMAT KAMI UCAPKAN
UNTUK KITA HINGGA SAMPAI TAHUN DEPAN...
SELAMAT HARI RAYA..
Raya tahun ni aku berlaku secara tidak adil telah membuat keputusan muktamad nak beraya di Johor jugak...alasan nak beraya dirumah baru bapak aku (rumah lama telah diubahsuai ajer)..soo en zam dengan berat dan terpaksa mengikut cakap bini dia yg giler kuasa ini (sentiasa biler lagi)...
bukan apa kesian laa kat bapak aku tu dia dah buat rumah dia khas untuk raya..apa laa salah nye lagi pun sebelum raya tu kan dah balik kedah babe..takkan raya pun nak balik Kedah lagi..mana aciiiiii...next time kalau nak raya di kampung sendiri jangan balik kampung awal2 ehhh hehehehe..
dengan segala kuasa yang aku guna aku disini ingin laa mengucapkan ampun dan maaf terutama kat Suami aku En Zam, "yang, ampun dan maaf ku pohon, halalkan makan minum selama ini, tiada niat nak sakiti hati u, next time kita balik kampung u pulak ya"..
dikesempatan ini juga saya ingin memohon Ampun dan Maaf dan halalkan segala makan dan minum saya selama bersama anda semua, terutama kepada kawan BFF saya yang terhormat dan lagi tersohor hehehe puan Soya Bean..kepada member BFF saya di Johor seperti Ruby, Shima dan Awin dan semua jiran-jiran terbaik saya di Glenpark, x-SMDPT 96 yang tidak dapat saya sebutkan namanye disini, kepada kenkawan saya yang di Kuala Lumpur, Shah Alam, bekas-bekas pekerja Mohd Najib & Co, Transware, IT Capital, VPI International, Regalia Solutions dan juga rakan-rakan baru saya di Microsoft dan tak lupa jugak kepada semua yang sempat menyinggah di blog saya ini..SeLamat Hari Raya..
jom lihat gambar2 semasa raya di johor
jejaka idaman malaya yang siap terlebih dahulu dari anak2 dara didalam rumah ini..amacam ensem tak??? belakang tu mak aku masih tgh mengosok baju lagi..
inilah anak dara aku..pun sudah bersiap tunjuk muka ala manja gitu...cuba dengar suara dia nanti
en Zam with zam junior...
daddy: mcm ni pakai songkok bang.. bole ngurat chick nanti share kat daddy ok
ni anak dara aku...time ni nak kena salam-menyalam..dia sibuk dengan ipad dia..sampai orang yg datang hulur duit raya kat dia..pastu perhatikan dia selit duit raya dia kat mana??? yaa mata duitan jugak anak dara aku dia selit duit dia dibawah bantal itu takut org amik..okayyyy
ni sesi bergambar family..aduhaiii aku tak tau nak ckp apa..berkali-kali snap..mcm biasa anak dara aku mata dan tangan tak lekang2 dengan ipad dia,...
snap kedua still sama...
snap ke3 dia dah sibuk dengan duit raya dia tapi still tak kasik amik ipad dari pangku dia..last2 kami dah tension itu ajer laa gambar raya kami sekeluarga...
ini gambar satu family Hj Hasshim...kehilangan 1 family didalam ni...kalau tidak berdiri kat belakang tu mesti ada 4 keluarga..kini semua tu hanya kenangan..
snap kali kedua..budak2 dah mula bergerak..
ini family adik aku...adik dia bosan dengan kakak dia..kan dah kena penumbuk...padan muka
ini Hj Hasshim n family
ini keluarga kakak aku no 2...
ok ini saja buat kali ini dari saya..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...
No comments:
Post a Comment