AKTIVITI AKU

Thursday, August 12, 2010

Sabtu malam - Pot Luck Glenpark U1/84A

ok malam tu, ada pot luck buntuk plak otak aku nak buat apa? so decide to do egg sandwich jer..sekali dh siap macam tak best laa pulak satu jer decide to buat sambal tumis sardin makan bersama capathi...

yaaa jangan tak percaya yang aku leh buat capati...sila lihat hasilnye

ni dia capati nye..cuma kering skit kurang minyak ghee

Resepi untuk roti capathi
tepung atta
air suam-suam panas
minyak ghee skit
garam

cara-caranya
1. gaulkan semua bahan-bahan diatas.
2. agak-agaknye bole uli
3. lempengkan dia..kemudian letak atas kuali panas dan kering..kalau nak minyak2 skit letak minyak ghee atau majering semasa nak panaskan atas kuali
4. untuk mengelembungkan roti tu..tekap-tekap dengan kain basah.

sambal tumis sardin...
Resepinya
Blender lumat bahan2 dibawah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit belacan
cili kering
garam
gula
ajinomoto
sardin 1 tin
air asam jawa

cara-caranya
1. tumis semua bahan-bahan yang dah diblender diatas sampai keluar minyak.
2. lepas tu tuangkan sardin..lenyek-lenyekkan dalam kuali tu sambil gaul-gaul (ni kalau yang suka hancur laa)
3. lepas tu letak laa garam skit, gula, ajinomoto dan air asam jawa ikut citarasa sendiri..
4. siap laaa bole dihidangkan

No comments: