AKTIVITI AKU

Thursday, February 7, 2019

TRIP TO ZOO NEGARA - 09.11.2015

Trip membawa budak2 gi berjalan sambil belajar. di mana? di Zoo Negara Kuala Lumpur.
cuaca ya Ampun memang panas mengerlip tapi gagah jugak la berjalan bawak budak2 ni sebab dah janji.

masa ni budak2 nak sangat naik train.. aku pun Ya Allah Alhamdulillah dah la rehat kejap.. kalau korang perasan.. muka aku pucat lesi masa ni sebab nya apa tau..
aku memula dah sakit perut senak2 gitu ingat biasa2 period maklum laa 1st day jarang aku kena sengugut tau.. tapi kali ni lain macam sakit dia.. kejap datang kejap hilang. sampai aku jalan sekejap jumpa tempat duduk aku duduk.
di jadikan cerita tengah berjalan2 sambil tahan sakit tu, tetiba tup aku rasa semacam jer, lepas tu terus sakit perut aku hilang tapi seluar jeans aku basah kuyup dengan darah okay.. aku terus ajak budak2 ni balik, aku nak drive tu aku siap alas kerusi aku dengan plastik takut laa kena seat kan, darah kan. benda kotor.
sekali sampai rumah aku kuar dari kereta tengok plastik tu penuh dengan darah aku dh cuak terus mandi.. tengok2 Allahu Akhbar ada mcm salut, amik gambar tunjuk kat doktor.. doktor ckp mcm pregnant so dia scan sah rahim bengkak, darah tak abis keluar lagi. tapi dia tak suruh cuci, dia cuma bagi ubat sebab dia ckp tengok rahim kosong so takde pape laa just mkn ubat jer supaya darah abis keluar.
punya aku ni tak sedar yang aku ni pregnant, siap tumpah darah, berjalan lagi, driving lagi Ya Allah terima kasih atas segala nya.. keselamatan anak2 semua takde pape berlaku time tu.
ini laa kenangan aku di tahun 2015 aku keguguran..

kecerian diaorg tak bole di gambar kan.. sejuk mata memandang








korang bole tengok info segala kat web page Zoo negara ni, pasal harga, dan segala macam aktiviti kat dalam tu. satu jer pesan kalau g reramai macam aku ni ha sila laa bawak air banyak skit ya. barang2 air dan makanan diaorg agak mahal. so kalau g bawak sorang anak tak terasa sangat tapi bila dah 5 6 orang.. mau menangis korang..

http://www.zoonegaramalaysia.my/


No comments: