AKTIVITI AKU
Monday, January 25, 2010
PERWATAKAN MELALUI JENIS DARAH
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.
Kumpulan Darah A:
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.
Kumpulan Darah B:
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.
Kumpulan Darah AB:
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
DIET UNTUK GOLONGAN BERDARAH 'B'
dek akibat terlalu banyak benda aku buat tuk menguruskan badan..akhirnya aku nak cuba tang ni...cara berdiet mengikut klas darah....mari kita cuba...
disebabkan aku ni berdarah B+ so aku posting diet tuk darah aku jer laa yang lain korang carik sendiri....benda ni untuk kesenanngan aku nanti nak track benda2 yg aku ambil setiap hari....
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini
menghindari makanan beku atau makanan dalam tin
MAKAN makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan:
Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari:
Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam :
Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Saturday, January 23, 2010
1st time ever
ni laa kali pertama mummy telah tekad hati dan bertawakal sepenuh nya meninggalkan kami 2 beradik atas jagaan DD...WHATS?????????? DADDY WILL TAKE CARE OF US???
is it true mummy???? are you really sure...
yes..i am sure airil n erdina....please behave ok nanti mummy balik mummy janji bawak pi jenjalan....
sebelum meh sini take picture to prove takde lebam2 ehhh wakakakaakka...
walaupun tinggal dengan daddy..mummy dah siap mandi kan u all semua, minum susu, botol susu semua mummy dah basuh, air panas, susu semua dalam bakul..mummy dah siap masakkan sup Ikan kerisi (mahal tu ikan ni) khas tuk 2 beradik ni...nasik n bubur siap tinggal daddy suapkan jer...okay...airil please jaga adik and adik tolong jangan buli abang okay....
hopefully daddy bole jaga...kalau ok lepas ni senang aaa mummy..aminnnn
make aiii macam2 mummy tinggalkan pesanan kat we all macam nak pi luar negeri seminggu jer dia ni..anywhere maklum laa mummy too worry sebab this is 1st time ever daddy will take care both of us...bayangkan laa perasaan my mummy...
anywhere mummy please don't worry about us otayyy we will take care each other..and your house tooo...hehehehhehehhe
It's a Birthday Party Time
Sunday, January 10, 2010
Airil Menyahut cabaran Mummny einnn
bila Airin Erdina menang motor
Saturday, January 9, 2010
Bubur Durian
mummy please give the resepi..hahahha mummy kata paling senang..semua senang jer pada dia..tapi nak buat nye tunggu mood dia rajin...huhhhh
bahan-bahan
mesti la durian punya isi okay...
gula pasir
gula merah
daun pandan
santan
sikit garam
cara my mummy senang jer dia humban semua dalam satu periuk cuma garam tu last sekali bila semua dah agak2 manis sangat kan soo letak garam ni nak bagi dia jadik lemak skit.. rebus laaa sampai agak2 dia dah pekat boleh hidang dan makan...ooo kalau masak terlampau pekat bole jadik jam durian hahahahha
steam boat
Bahan tuk wat sup tom yam ni senang jer..macam masak tomyam laaa
perencah tom yam (mummy suka beli yg brand thailand nye..ntah apa nama tah)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
2 batang serai
garam
semua bahan2 di atas di hiris dan rebus dalam air bersama perencah tom yam tu sampai mendidih.kalau nak sedap letak laa kepala udang, daging skit tuk tambah lemak lagi kuah tu..
bahan - bahan tuk steamboat nye sila beli kat kedai..bebola ayam laa, sotong la. ketam la..ya
benda - benda yang mummy masak
resepi dia senang jer
Bahan-bahan
bebola ayam dr ayamas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit ikan bilis
minyak masak sikit
(kalau nak sedap lagi letak la stock ayam dari maggi, tapi tuk bebudak toksah laa)
Cara-caranya
tumis semua bahan (bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis)
kemudian masukkan air, stock ayam maggi skit, garam skit dan last sekali bebola ayam.
biarkan sampai mendidih kemudian angkat dan bedal dengan nasi
Friday, January 8, 2010
ni nak bercerita antara kedai kek yang mummy love it...
1. RT Bakery
Kedai dia memang susah skit nak pi selalu masalah parking...mummy selalu beli roti and cake kat sini for our desert..dia kata tapi nampak macam dia jer yang bedall...anywhere sesiapa nak try meh laa kat SS15 Subang sederet dgn Maybank and Public bank (ni la punca selalu takde parking)
ini rupa kedai dia..dia dah ada bukak cawangan lagi kat Puchong yang baru tu..apa nama dah lupa dah
ini roti dalam dia manis....
ini roti favourite Airil zamir and Airin Erdina (jgn terkejut ehh 7 bulan aku dah suap roti ni) hahahhahahahaha..roti ni putih gebu dan lembut diselang seli dengan cokelat..
lagi satu fav mummy ialah kek strawberry tart dia...tak sempat nak amik gambar cepat abis jer masuk dalam perut mummy...kek tu memang sedap giler, rasanye yang lemak krim, di baluti serbuk biskut..perghh yummy ni nak tulis pun sampai meleleh air liur ni...
ini lak kek fruity dia sedap giler lagi2 krim dia guna fresh cream purrghhhh love it