AKTIVITI AKU

Tuesday, September 7, 2010

berbuka puasa di LIKI LIKI Steamboat


berbuka puasa bersama dengan Suria...di Liki Liki Steamboat kat Danau Kota..aku sebab nak makan grill and steamboat tu yang buat pilihan di tempat ni..nasib sedap yummylicious

5 September 2010, Menziarah Kubur Allahyarhamah Eairrin Bte Hj Hasshim

AL-FATIHAH
ALLAHYARHAMAH EAIRRIN BTE HJ HASSHIM

Weekend - Tart Nenas..for Raya 2010

Raya menjelma lagi..Alhamdulillah sempat jugak aku menolong mummy ein buat biskut raya,..biskut aya yg sempat aku amik gambar..iaitu tart nenas....

ni sebelum dimasukkan kerdalam oven

ni selepas dibakar nak disejukkan

ni barisan yang akan dimasukkan ker balang untuk dipacking dan dihantar ker sesiapa berkenaan yang sudah membuat order

Baskin Robin kegemaran akuuuu...Praline sedapnyeeeeeeeeeee

nyummmyyyy delicious.....

Baju kesukaan dia - Airil the Bob Builder

weekend tu aku berjalan dengan bapak ku ker Subang parade sebab nak hantar dia pi service jam tangan dia..and nak belikan Notebook khas untuk mak ucu..soo aku pun ckp kat bapak aku nak pi Mothercare nak belikan baju tuk airil...

ni dia baju kesukaan dia skang...

cheeseeeee.............

Erdina terkena Jangkitan Kaki, Tangan dan Mulut..

Bulan 8 yang meletihkan dan memenatkan..kerana Erdina seminggu demam panas jer..selepas abang airil dia demam panas jugak...kemudian timbul merah-merah bintik kat kaki dia dan tangan.apa lagi kami terus ker KlinikPakar Kanak-kanak Meghana, TTDI Jaya.

Doktor Meghana check kat erdina nye bintik-bintik merah tu kemudia dia bagitau yang Erdina terkena jangkitan kaki, tangan dan mulut..ohh noo berderap jantung aku dengar sbb setau aku penyakit tu amat2 laa bahaya...tapi yang pelik penyakit ni tiada ubat..

ni betis kaki erdina...tu nampak biji-biji merah tu

ni tapak kaki dia...siap sapu ubat yang disupplykan dari Dr Meghana

ni tangan dia...
ni tangan gagah perkasa dia...
yang ni pulak tapak tangan dia...nasib seminggu kena kuarantin akhirnya pergi jugak penyakit tu...macam-macam aku bagi dia makan selain makan ubat...air kelapa, air madu dan macam2 lagi...Alhamdulillah

Sahur setiap pagi...old time fav

Salam sahur semua, selamat berpuasa.aku nak bagitau setiap sahur kan asyik makan nasik jer naik lemak laa pulak..soo aku pun menguatkan kekuatan aku untuk membuat makanan aku iaitu

KETANG GORENG SALUT TELUR
ni dia hasil nye...sedap
bersama dengan sausage...

Resepi Nya
2 biji Kentang (dikupas dan dipotong panjang)
1 biji telur
garam skit

cara-cara

  1. goreng kentang sampai empuk.

  2. angkat ketepi..buang minyak. kemudian masukkan balik kentang yg dah digoreng tu

  3. curahkan telur yang dah di kocok bersama dengan garam sedikit

  4. gaul rata.siap
    tara..budak-budak suka sangat..ni Erdina tengah mamam..want to share?

Wednesday, August 18, 2010

Berbuka Bersama Dayang Nurfaizah dan Anak2 Yatim oleh VPI

Balik kerja aku terus ker Restoran Bangsar Seafood at One Bangsar (one of the anak syarikat kami) menyerikan menyibukkan diri dalam sesi berbuka puasa bersama Dayang Nurfaizah dan anak-anak Yatim.

antara anak-anak yatim yang datang dari ASRAMA BAITUL UMMAH, PUSAT PERTUTURAN KIU dan PDK SELAYANG.

masa tu sampai jer terus azan apa lagi artis2 semua tak dipandang..yang dipandang makanan can minuman jer dulu...dah kenyang baru ler aku perasan ada Dayang, HMC Phlow dan siapa lagi ehhh..

ni dia restoran nye..aku sebagai staff kalau nak makan bole laa dapat discount tapi tak nak aku..naik muak makanan dia sbb setiap kali event jer mesti depa ni yg masak or kaat sini jer laa eventnye....

di depan pintu masuk, poster dayang

Dayang sampai ker table kami...aku biasa aa taiko kena duduk kihkihkih sorry babe (by the way gambar aku, ina, puteh keluar kat Mstar cuma kak lin jer nampak rambut..sorry ya kak lin..gambar tak muat time tu gamaknye)

this picture membuatkan aku semangat tuk menguruskan tang perut aku tu..macam preggy lagi ampess
aku bersama wawa n dayang (dlm gambar jer laa)...
Group VPI (time ni aku ngaku ler aku VPI lepas ni aku ngaku aku REGALIA balik)
ngantuk dah ker sampai pejam mata aku...

aku bersama Big BOss..Dato' Shaik Aqmal..(shaik sorry bukan i tak kenal u tp u look soo different now, more thin and less hair..sorry shaik dont cut my bonus if have...*wink)

BOB THE BUILDER - Koleksi Airil sekarang

Airil nye hobi baru Bob the Builder. gile skang ni Barney dia kata tu adik nye dia bob ok laa..soo skang kalau kemana-mana mesti beli toys yang ada kena mengena dengan Bob the Builder tu...mari kita lihat koleksi dia yg masih molek lagi laa...sebelum hancus as usual

ni dia koleksi bajak, lori, dan sebagainye..

 dia nak jugak posing, suh aku amik balik gambar..

 again..mummy againn....

yeayyy itu dia monster dtg menyerang....

kan dah rosak..ishh adik ni dah kena repair ni

Friday 13th - Happy Birthday Daddy Jay

HAPPY BIRTHDAY DADDY JAY.
disebabkan birthday jatuh pada bulan puasa so mummy inda dah buat plan tuk celebrate dan terawih bersama-sama di rumah Subang.Kek dan cupcakes dibuat sendiri khas tuk daddy jay...disebabkan sibuk tak sempat nak amik gambar birthday boy pada malam tu..

 ni cupcake tuk daddy Jay..tema birthday dia padang dan bola Golf..nasib tak letak bola betul kan mama inda...but the cake sedap and cantik

ok disebabkan masa acara pemotongan kek tu tertinggal budak 2 org ni sbb bermain kat tingkat atas..soo aku dengan penuh berbesar hati membuat acara pemotong dan peniupan lilin tu didalam umah khas untuk depa berdua..Nana dulu tiup

 Nana: nah amik cupcakes ni. nak tiup kek dah

Airil: hahahhaha tiup nana, cepat... 

opppss bukan 2 org tapi bertiga..anak dara aku tak mau ketinggalan jugak.. 

 tengok cara dia makan cupcakes..dia guna kan jari jer...syabas bethi..