AKTIVITI AKU

Tuesday, June 5, 2012

Restoran ZAMZAM shah alam- Nasi Arab

ni weekend ahad..aku malas nak masak sebb esok dah keja ehh tak nak penat2..so decide to makan nasi arab..aku suka makan nasi2 mcm ni tadak hal nye hahahhahaha

ni Nasi Lamb Mandy tuk aku dan mak ucu pun sama order

ni greek salad..giler besar dan banyak amik kau

ni Mix Shawarma..ada kambing dan chicken

ni pulak Chicken mandy - en zam punya..dia makan ayam ajer

ALHAMDULILLAH SYUKRAN

sambal petai udang

SAMBAL UDANG PETAI MALAS..


apasal tajuk dia ada malas haaaaaaa kalau korang nk tau ni sambal aku malas..almaklum laa balik rumah dah dekat 7 lebih nak memasak lagi so apa yang ada aku baling ajer dlm kuali...

kebetulan aritu aku dah blend cili kering soo senang laa skit..cuma tinggal bawang2 ajer aku potong slice2 pastu campak dalam semua sekali takde belacang sbb malas nak tumbuk..soo inilaa hasil nya...

bahan-bahan
udang
petai
cili kering - diblend
bawang merah - aku pakai bawang besar ajer malas nak kopek bawang kecik yg leceh
bawang putih
air asam jawa
garam
gula
ajinomoto

cara-cara nye pulak
tumis laa bawang2 dan cili kering tu dalam kuali sampai ler naik minyak cili tu org kata
agak dah masak cili tu..terus laa campak udang petai garam gula ajinomoto dan air asam jawa..

hasil nye sila laaa makan ajer ehhh jangan byk ceta

Friday, June 1, 2012

Cameron Highland..29 May - 30 may 2012

Alhamdulillah syukur kerana akhirnya en zam berjaya membawa kami ker Cameron Highland walaupun nyaris2 dah dia nak tukar plan tau..(kan aku dah ckp dia punya perangai)..selepas selesai aku masakkan tuk mak MIL aku, bersiap2 kemas barang2 pukul 2pm kami pun bertolak dari rumah ker destinasi percutian yang telah dirancang itu..

perghhhh dalam perjalanan tu en zam mcm2 laa offer kejap ker Bukit Merah laketown laaa (dia tak sedar ker anak2 dia kecik2 nak masuk tmn permainan air tu, pastu dia tak sedar ker dia tu kurang sabar nak melayan kerenah anak2 dia??????)..kemudian dia offer bukit tambun la, zoo taiping laa...dan mcm2 lagi laa sepanjang perjalanan itu..aku diamkan ajer malas nak layan dh set kata nak ker Cameron sila laa ker sana yaaa....tips dia jangan dilayankan mamat ni hahahhha...

so sampai exit simpang Pulai..kami pun panjat laa naik..si erdina ni mcm biasa laa tak mcm anak dara terlompat sana sini..si abang dia zamir memula join lepas tu slow down dia baring tutup muka..tak lama pusing2 tu sampai ler ker cameron highland..si zamir dah sedar dia mula ckp "mummy amir nak muntah" aku ckp alamak kejap mummy carik plastic..sekali baru nak hulur ajer dah bluekkkkkk..giler banyak aduhaiiii..nasib seat keta daddy kau dah kulit kalau tidak mau menangis nak basuh tu...si adik dina yang duduk sebelah dia cepat2 tolong carikkan kain tuk dilap..baik nye kakak oopppss adik laa...

sampai kat Brinchang baru laa dapat benti kat stesen minyak..hah kau basuh laa badan tu dgn air sejuk haahhaha sementara nak carik hotel..kali ni aku dgn en zam dah plan nak carik hotel kat Brinchang sbb Brinchang laa happening ada pasar malam dia..soo dia plan nak cari yang depan pasar..jumpa laa memula appartment Regency ker apa tah nama dia tapi dia offer 2 bilik tido RM350..siapa nak?? pusing lagi jumpa Hotel Rosa Passadena dia offer triplet (katil single dan queen) RM250 with 3 pax breakfast ajer aku terus on cuma parking dia laa masalah skit.limited..takpe laa janji depan pasar..

so kami turun gi jenjalan ker pasar dulu..lepas tu baru laa check in hahaha..banyak jugak laa membeli maklum laa lapar..tapi cuaca pada aku yang jenis lemak tebal ni..aku rasa tak sejuk mana laa Cameron ni mcm dulu..dulu aku siap pakai sweater but now aku pakai baju biasa ajer..siap aku ckp dgn en zam kena letak kipas dah hotel2 diaorg skang ni sbb dah kurang sejuk laaa..ok malam tu lepak ajer laa dlm bilik makan2 pastu terus tido sbb diaorg ni malam takde apa dh kan..
sesampai ajer kat pasar beli ni dulu...strawberry coklat

punya laa suka diaorg ni..si dina tu apasal nampak retro sangat..aduyaiii

keesokkan nye pagi2 dah kuar breakfast after breakfast terus masuk bilik kemas2 kul 10am  check out..org semua tegur aik awal check out...yer laa kami nak start kuar jenjalan kang dah panas payah.. so perjalanan kami terus ker Tanah Rata..sebab plan nak turun ker tapah soo all the way ler tu apa yg nampak nanti kita singgah sbb semua benda adalah sama ajer..teh dan strawberry..




 memula trip ker Kimanis strawberry yang dekat nak masuk strawberry park resort tu..sini ladang dia yang paling lama sejak dulu lagi aku dtg..cuma jalan dia makin teruk dan terasa kecik plak ladang dia aku tgk..kemudian ker ladang strawberry kat dengan rumah persekutuan tu apa nama dia tah..lupa..lepas tu tanah rata ada kawasan kampung siap ada hutan lipur dan ladang2 strawberry lagi..