AKTIVITI AKU

Friday, May 6, 2011

Maid lagi

ok ni berkenaan maid yg baru tu bulan 2 aritu aku amikkan..nama dia Puji..nampak ok laa lembut dan lemah hehehhe tapi bole laa dari takde kan..

kerja nye suka memasak..soo memang takde masalah laa kalau bab pemakanan disini..cuma mengemas tu agak kurang skit termasuk baju2..slow laa..dan makanan yang dia masak plak khas tuk org besar2 aje..dah tu anak2 aku nak makan apa..apa yg ko masakkan meh tunjuk ..tak pernah nampak..tapi aku leh tahan lagi ler...

aku aku ceta kisah macam mana aku dpt dia..dia ni sebenarnya lari dari tuan dia yg kat puchong..dekat area rumah arwah kakak aku soo aku amik dia sbb dia kata tak tahan laa kena marah2 dengan bos dia (now i know kenapa dia kena marah sbb Lembap sangat, keja nye asyik sms or call aje dan tak hormat tuan dia)...

soo lepas amik dia hari pertama dah mintak aku "puan tolong belikan saya tuala, berus gigi, ubat gigi, shampoo, sabun cuci muka dan cream muka"..kemudian " lagi satu tolong belikan saya top up digi Rm20 saya mau telepon anak2 saya dengan kakak saya"..

soo aku memula percaya laa dan sanggup beli semua benda2 yg dia pesan dan menolak gaji dia laa kan..ok dalam tempoh tu memang aku perasan kerja nye asyik pegang telepon aje..takpe laaa kan lagi..

satu hari kitaorg naik keta semua nak pi birthday party si Nana kat shah alam, ni dalam keta ni telepon dia bunyi..so dia pun angkat aku pun pasang telinga...korang nak tau apa...

dia jawap call " hello, ya i dalam kereta ni sama tuan laa, puan semua dengan budak2 nak pergi makan ni..u kat mana?".sambil gelak2 ni "alah u ni, nanti laa i call balik, ok nak pergi makan ni ok bye"..

HAHHHHH apa korang rasa time ni..aku mengucap panjang dalam keta bersama Majikan dia ni..dia bole jawap call sambil ber I U ni perghhh advance sudah..laki aku senyum jer laaa tapi kami ni mana jenis suka menyound or apa soo senyap jer laaa masing2...

jadi kisah nye tak berhenti kat situ aje seminggu lepas tu....berlaku lagi laa berani betui minah ni

sooo satu hari tu....aku balik awal so dia ni pun naik ler jumpa aku kat atas..
"Puan bole tak saya cuti sabtu ni?"
pastu aku ni ingat dia nak pi jumpa kakak dia laa sbb dia kata kakak dia kat sini..
soo aku ckp ler "nak ke mana?"
dia jawap " saya nak ker Putra height, tapi takpe laa Puan saya dah bagitau alamat rumah ni nanti kawan saya datang amik"...
lepas tu aku dengan muka terkejut " Hah kawan awak amik?, awak bagi alamat rumah ni..kenapa? kalau awak nak cuti kermana2 awak ckp jer dgn saya atau tuan nanti kami hantar tak payah suruh sesiapa dtg rumah amik".." siapa kawan awak ni"
lepas tu muka tak bersalah lagi ni dia jawap " alaaa kawan saya ni org India islam dia ajak kawin sama saya tapi saya tolak lagi belum bersedia, saya dah lama kawan dengan dia ni, ni hah dia org nye" sambil tunjuk handphone dia kat aku gambar BF dia..
aku jawap" awak kan dah kawin mana bole kawin lagi ni"
dia jawap " ala bole kalau saya tukar pasport baru tukar nama, tapi kena RM3000 laa puan, boyfriends saya ni bole buatkan"..
aku jawap " saya tak nak masuk campur, tapi yang pasti kalau awak nak cuti biar saya yg hantar tak payah suruh dia dtg rumah"
dia jawap balik dengan takde rasa bersalah " yer laa saya sudah banyak kali ckp alamat rumah ni, dia tak tau kat mana tu shah alam"
aku jawap" lepas ni tolong jangan bagi alamat rumah saya kat sesiapa kalau kamu nak keluar saya bole hantar kat mana2"
dia jawap " tak susah ker, kalau gitu puan saya cuti nanti sabtu ahad puan amik laa..saya tidur rumah dia sbb kakak dia pun ada"
aku jawap " hah tidur sana?"
dia jawap "yer laa puan, dia org anggap saya mcm keluarga dah"
aku terus diam membisu..sbb nye apa tau sbb aku dah terlampau geram soo better aku diam dari aku bersuara lagi...time ni memang aku rasa kalau aku leh bertinju..dah lama aku smash ko bodoh...tapi aku tahan lagi

so nak jadikan ceta sampai sabtu tu dia nak bercuti..aku check awal2 pagi dia dah siap lawa2 siap wangi2 plak tu..pastu aku tengok bilik dia penuh baju2 aku berlonggok2 yg bersih campur yg kotor, dengan yg baju dah basuh tak sidai lagi, rumah tunggang langgang tak kemas dia dah ada ati nak ppi bercuti..cissss

lepas aku komplen pasal2 baju2 tu dia diam jer sambil senyum2 kata nanti isnin dia buat..aku ckp lenkali kalau mau cuti siapkan kerja dulu..

lepas tu aku suh dia kamu siap terus kemas2 baju kamu sekali..saya dah berhenti kerja saya tak memerlukan khidmat kamu lagi
terus dia jawap " alamakk macam mana ni, aduhhh eem kakak puan aritu kata nak guna org kan dia tak nak ker?"
dalam hati aku ckp kalau aku dah tak nak kamu apatah lagi kakak aku cit " dia tak mau lagi, takpe laa kamu kemas2 saya hantar kamu ker bf kamu skang"
terus dia kemas2 ...sesampai jer kat rumah BF dia, dia pun turun " emm Puan gaji saya yg 2 minggu tu macam mana?"
aku terus " nah ni hah"
terus dia blah dengan bf ...suka jer muka dia

itu laa kisah aku kat maid aku yg no 5 nii yang hanya bertahan 4 minggu ajer....dan aku telah dapat pengganti baru bibik umur 40an dari agen KL nanti aku ceta yaaaa

Lama sudah tak update

Assalamualaikum semua....

Lama sudah tak mengupdate blog aku ni..maklum laa terlalu sibuk dengan masalah2 yang berlaku dan kesibukan dengan anak2 yang semakin hari semakin pandai dan berani...

InsyaAllah akan aku cuba mengkorek balik segala yang berlaku suka duka selama aku tak mengupdate dalam blog ni supaya menjadik sesuatu bahan pengajaran dan pelajaran untuk diri sendiri dan semua semoga lebih menperbaiki diri di masa akan datang..