AKTIVITI AKU

Tuesday, October 22, 2019

EMPANGAN AIR KUNING, SHAH ALAM - 29.10.2016

LOKASI        : EMPANGAN AIR KUNING, BUKIT CERAKAH SHAH ALAM
ENTRY FEE : RM3 DEWASA,
                      RM1 KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS
WAKTU       : 7.30AM - 5PM

Assalammualaikum..
kali ni entry pasal konon2 nak excercise dan nak kurus kan badan laa.. masa ni kakak baru lepas program JK1M so stamina tu masih ada lagi.. setakat jalan lama2 tu no hal laa.
so kami girl group opis sepakat nak g buat aktiviti beriadah di Empangan Air Kuning, seriusly selama aku duduk Shah Alam, ini laa kali pertama ku masuk taman Botani Shah Alam ni dan ekplore benda2 ni.. memang tau ada rumah 4 musim laa dan macam-macam aktivit yang bole dibuat kat sini.

selain berjalan kaki, korang bole sewa basikal memang ada disediakan tapi tak ingat berapa dia charge korang bole laa tanya pakcik google. ok kalau malas lagi korang jangan risau bas juga ada disediakan free jer kat dalam tu. ada mini zoo jugak tau kat dalam tu.





 ada Jambatan gantung jugak.. kena perhatikan sekeliling tau time jalan sebab tak tau nak sebut kat mana arah jambatan ni

 di depan Empangan Air Kuning.. nak sampai sini banyak2 laa bersabar ya bukit dia MashaAllah bole tahan laa tapi nasib laluan dia jalan Tar





sekian riadah yang kurang mengunakan duit tapi aktivit yang menyihatkan..

WATER RAFTING - 12 NOV 2016

TARIKH : 12 NOVEMBER 2016
LOKASI : GUA TEMPURUNG, GOPENG PERAK

Assalammualaikum semua,
kali ni 2nd time saya buat water rafting kat Gopeng Perak, Gua tempurung lagi.. kali ni ikut company trip jugak tapi tak sangka rupanya yang 2nd time ni bukan level2 yang biasa macam 1st time aritu.. tapi kali ni rupanya level yang lain sikit, air dia lebih deras dan dalam sikit.

hati ni dup dap dup dap tengok ari deras tu aduhaiii ketak lutut kita.
 menunggu sorang-sorang buat water confident.. ni step pertama sebelum kita buat water rafting. tengok macam mana kita handle dengan air ni incase anything happen.
 posing dulu laa
 muka dah cuak.
 tengok deras dan dalam tak air dia

 alamak ni mula-mula kita di bagi peneragan tentang macam mana nak handle 

 dengar dengan penuh tekun


 dah mula garu kepala risau.. 


 ok bermula aksi di sungai yang deras.. mari kita melawan daya ketahanan kita..








 after rafting masing2 kena angkat laa sendiri naik ke darat

Monday, October 21, 2019

GUNUNG JERAI - 14.03.2016

GUNUNG JERAI, KEDAH

Asslammualaikum;

sewa van dan driver = RM90

kali ni balik kampung berkesempatan kami 4 beranak ni naik Gunung Jerai yang setinggi 1,217 meter dan berada disuhu antara 19 hingga 24 darjah celcius. sejuk tak? sejuk laa jugak kan.. Gunung Jerai ni banyak khazanah dan peninggalan zaman dulu kala, kalau hang pa rajin bole laa klik kat link bawah ni hang baca asal usul sejarah dia naaa..

👇👇👇👇👇
http://www.mdyan.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/gunung-jerai

cheq kat sini nak ceta kami naik atas tunggu matahari terbenam.. sungguh indah dan nyaman.. mari laa tengok tempat dia termasuk muka kami sekali naaa maaf laaa

 ok ini taiko kecik a.k.a abang Zamir.. dia tukang pandu arah hehehe
 ini gegirl duduk belakang mem besar seperti badan nya
 sesampai jer kat atai ni ada hotel Jerai Hill.. tengok laa bunga handragea ker benda laa malas nak google nama bunga ni tapi kat atas ni banyak giler.. 

 si anak dara tu dengan pashmina dia kekonon sejuk laa sangat






 batu penanda bermaksud anda sudah berada di puncak



























itu jer laa entry berkenaan dengan gunung jerai ni.. siapa yang nak honeymoon ok laa sebab kat atas ni takde apa2 cuma ada hotel dan Surau... Alhamdulillah dapat menunaikan solat maghrib kat situ..
ok sampai jumpa lagi.. mari laa kita melawat Malaysia